Yuan sebagai mata wang antarabangsa Yuan

Pada 26 Disember 2008, ekoran kemelesetan ekonomi dunia 2008, kerajaan China memutuskan untuk menggunakan mata wang Yuan untuk menjalankan eksport dan import bagi merangsang eksport. Sebagai perintis , Yuan akan digunakan dalam perdagangan dengan Hong Kong dan Macau. Kedua-dua wilayah ini adalah sebahagian tanah besar China.Yuan akan digunakan di antara wilayah barat daya Yunnan dan selatan wilayah automoni Guangxi Zhuang dan ASEAN seperti Myanmar, Laos dan Vietnam . Sebanyak AS$402.7 bilion (RM1.4 trilion) tahun 2007 perdagangan China dengan Hong Kong , Macau dan ASEAN dan menguasai satu per lima jumlah dagangan tanah besar.

Zhao Xijun, profesor kewangan dari Universiti Renmin menyatakan kebaikan Yuan ialah dapat mengurangkan risiko turun naik kadar tukaran pengeksport China dan rakan dagang mereka. Selama ini dolar Amerika digunakan dalam banyak perkara.[1]